Kawan selagi mampu

11th of JUNE 2015

berjumpa mereka,
pemberi cerita,
berkongsi rasa,
suka dan duka,

adakala terasa,
adakala terluka,
tapi lebih banyak ceria,

mereka dan aku siapa,
kawan yang tak pasti?
hahaha,
yang ini kawan sampai mati,

sebab mereka salah satu sebab aku mencipta cita-cita,
sebab mereka aku cuba untuk tak terleka,
dan mereka juga tak pernah putus asa,
pemberi aku pandangan yang berbeza,

sebab dunia ini bukan ada aku sahaja,
sebab mereka penyebab aku terus berdiri,
sebab senyuman ini cuma ikhlas untuk orang yang berfikiran positive,
dan sebab aku sayang orang yang sayang aku,

jadi aku akan teruskan perjuangan ini,
walau result nya cuma seciput,

terima kasih kawan-kawan..

korang dan aku,
ini janji takkan putus,
kawan selagi mampu,

Comments

Popular Posts