ini ego aku

6 May 2015,

hari ini aku nak berkata-kata bukan puisi.

hari ini aku sedari, aku dah buat benda yang salah lagi, bukan hanya hari ni tapi hari-hari aku sedar, cuma ego. Ego yang tak dapat aku lawan. 

Ego yang terus-terusan membisik ke jiwa aku untuk terus begini. Aku benci, tapi sekuat mana benci ini mampu menghapuskan si ego yang degil itu. 

Ego cuma sebuah perasaan yang kau pertahankan dari dulu, tanpa kau sedari dia menguasai diri kau, dan membisik ke jiwa, lalu kau memperlakuan itu. tanpa kau sedari perasaan ego ini telah memperalatkan kau menjadi kambing hitam yang mampu membawa makluk-makluk di sekeliling kau berlinangan mutiara-mutiara jernih. tanpa kau fikirkan pula di mana tempat kau dan mereka.

Ya, aku salah. tapi kau pernah fikirkan di mana punca nya. aku salah dia salah, INI FAKTA. salah aku kerana melakukan itu pada mereka. Salah dia kerana melakukan ini pada aku. Menyebabkan marah ku tak mampu di tahan oleh aku sendiri, yang masih tidak mampu menahan marah dikala dicabar. 

maaf pada aku, hanya akan sampai pada mu jika kamu juga mampu menyebutnya. ini bukan salah aku. 

Jadi ego nya di situ,

Bebelan ini aku juga tak pasti, perlukah? aku sering bertanya pada diri, inikah yang aku inginkan? kadang-kadang aku juga memujuk hati aku sendiri, mengalah la sayang. tapi ego selalu datang menerpa.

penat, aku juga menangis. ini keputusan aku, tapi aku yang paling terluka. Aku yang lakukan itu tapi kenapa aku pula yang terseksa. aku tahu jawapannya, tapi tak mampu nak terima.

pujuk la hati ini, lembutkan ia Tuhan. maaf aku masih tak mampu menceritakan apa yang jadi, sakitnya susah untuk di jelaskan.

aku nak kembali macam dulu, aku nak ulang balik masa. maaf, maaf kan aku. Aku tak boleh. sebab ni lah aku.

Benci la aku, maki lah aku, janji aku untuk tidak akan melupakan kamu dan terus mendoakan kamu sampai bila-bila. jadi, buat masa ni, biarlah aku macam ni. tolong lah biarkan, kalau Tuhan itu sayang aku, jadi biarkan aku pergi dan teruskanlah hidupmu. Andai kata Tuhan masih mencipta jodoh untuk kita, jadi aku juga tidak akan menolak untuk bertemu kamu. 

Hati ini mengaku, merindukan saat dahulu, tapi ego ini juga tidak pernah penat menjalankan kerjanya. Masih lagi janji yang aku pegang untuk belajar sampai ke menara gading dan buat kamu bangga. ini janji aku dari kecil, tanpa putus asa. Untuk kamu untuk aku.

jadi kata-kata ini dan janji-janji ini, tanda yang aku takkan lupakan kamu dan aku sangat merindui saat bersama kamu, bertapa aku ingin kembali kesisi mu bermanja seperti dahulu. tapi aku tak mampu untuk menatap matamu sekali lagi, jadi salam rindu ini untuk kamu godmother. semoga sehat selalu, doa yang pasti akan selalu mengiringi mu. 

dari aku, unacepted

Comments

Popular Posts