janji aku

April 2015,

bukanku minta, maaf dari mu,
aku tahu dimana tempat ku,
tak perlu simpati itu,

aku cuma mencari dimana diri ku,
yang hilang tak lama dulu,
uh, sakit ini cuma aku yang tahu,

kenapa, kenapa, kenapa,

soalan ini,
bukan kau sahaja yang tanya,
aku juga begitu,

itu marah,
aku masih marah,
aku tak dapat mengawal marah,

aku yang tak guna,
memalukan keluarga,
kamu, kamu, kamu,
ada nama,

dimana sahaja,
atau dengan siapa,
semua kenali kamu,

aku tak mampu,
duduk semaja,
bertemu muka,
berkongsi cerita,

kerana aku ini siapa,
dunia akan tetap menjalankan kerjanya,
walau aku sudah tiada,
hidup kamu juga akan lebih bahagia,
tanpa aku bersama,

tak perlu maaf itu,
teruskan lah hidup mu,
semoga sihat selalu,

janji aku,
takkan pernah lupakan mu.

Comments

Popular Posts