CERITA DIA #1

April 2015

it's new life, we call student life.

love, friend, conflict, lecture, assignment, money, enjoy. now its everything in here. 

Ini adalah pertama kali dia hidup berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan rapat. sekarang dia berseorangan, dan perlu untuk mencari kawan baru. tak pernah ada 'rule' dalam hidup dia, jadi ini juga kali pertama bagi dia. Semua nya 8 orang, student baru dalam dorm termasuk dia. dan die tahu ini lah permulaannya.

1. friend...
benda yang dia kena hadap bila dia duduk sendiri, pertama belajar berkawan, senyum dan menjadi peramah. kedua cuba untuk belajar peraturan dan menghormati 'priversi' dan cara hidup memasing. ketiga, 'listen' other opinion. keempat, jaga adap, jaga cakap, jaga attitude. kelima, try your best to show your best and fight for it.

2. conflict...
dia mula menghadap conflict pertama, kawan... yg seronok merata, tapi kwn bile susah bkn semua. dia belajar memahami setiap org, dia mula cuba memahami setiap perwatakan kawan2 dia, dia lemah dan sentiasa menangis kerana penat untuk mengawal emosi di depan semua jadi die mula belajar 'APA ITU SABAR', dia cuba memahami perkataan itu dan kali pertama dia mendapat cahaya dari tuhan. kesabaran itu muncul bila dia perlahan-lahan merapatkan diri pada nya. ya hidayah itu datang, tapi dia tetap ego, katanya masih ada urusan yang dia ingin lakukan, jadi dia akan teruskan perjalanan ini macam ni.

3. assignment
pertama kali dia mendapat assignment yang begitu banyak tanpa henti, sekali lagi penat datang menyerpa. dia memahami perkara baru, 'APA ITU STRESS'. dia mula rasa hidup nya tak normal, dia mula rasa takot bayak persoalan bermain di fikirannya, 'berbaloikah aku korbankan hidup aku macam ni?' 'bolehkah aku lakukan ini sehingga nyawaku habis?' 'mampukah aku lakukan apa yang mereka lakukan?' 'kat mana aku 10 tahun lagi?' 'boleh kah course ini buat aku jadi seorang yang berjaya dan mampu membalas jasa ibu bapa aku?'. bertubi-tubi persoalan bermain difikiran. 

assignment ini tak pernah berhenti bila semester baru bermula, tak sempat makan, tak sempat tidur, tak sempat bergembira. menjadi miskin untuk beri yang terbaik kepada assignment. tapi hasil nya tetap tewas kepada yang lagi hebat. kadang-kang putus asa itu datang menyinggah.

4. lecturer
dia mula faham, ada sesetengah lecturer really mean to her. nice and kind, but never show it. lot of lecturer yang baik pada dia dan dia berjanji untuk tidak akan melupakan mereka. for those lecturer yang hanya memakan kipasan student-student, dalam sedar dan tidak sedar dia merasa marah dan tidak adil, tapi itu lah lumrah hidup manusia mmg suka akan pujian.

5. love
masa ini, cinta datang tanpa diundang. dia pon tak perasan, pada dia, dalam hati dia masih dimiliki seseorang yang dia bayangi sewaktu sekolah dahulu. seorang yang mempunyai senyuman yang ikhlas dan tak banyak bercakap. sebab dia seorang yang suka bercakap, jadi sebab itu lah die menyukai seseornag yang tak suka bercakap, contra. 

pertemua semua student course di dewan adalah sesuatu yang tak dijangka, seseorg yang membuatkan hatinya berdengup kencang tanpa dia sedari lelaki itu menarik perhatiannya. utuk kali kedua dia jatuh cinta. tapi kali ni lain, tanpa dia sedari rakan satu dorm mengetahui dia telah jatuh cinta sekali lagi. 

langkah pertama kawan, dia berjaya berkawan. kemudia die bertanya pada diri lagi 'adakah lelaki itu mengetahui perasaan nya?' 'kalo dia beritahu apakah reaksinya?' cerita dia dan lelaki itu habis di situ tanpa kata putus tanpa ucapan selamat tinggal, ceritanya tamat.

5. money
petikan dari seorang kawan, 'bila kau bergelar STUDENT, bermakna kau telah jatuh miskin'. jadi waktu ni memang dia jatuh miskin, tak ada duit untuk ke wayang, shopping. takde cara lain untuk berhibur kecuali labtop, internet dan phone. menyanyi dan menari bersama kawan-kawan sedorm, penuh dengan memori. rindu!! masa ni juga, die tak mampu beli makanan. yang mampu cuma beli maggi yang seringgit sebungkus tu, itu pon mkan sebungkus maggi sehari. no wonder kenapa ramai org kata dia kurus time tu. hahaha dia ketawa sebab berdiet tanpa sedar. kata nya, itu la waktu yang paling menggembirakan dia. kalau lah beleh mengulang masa. 

6. enjoy
masa ni cara terbaik dia ber-enjoy cuma bersama kawan-kawan se-dorm menyanyi dan menari, kadang-kadang berkongsi cerita. dan cuba menyelami pengalaman mereka bersama. masa yang meyeronokkan. dia mampu berkongsi cerita sehingga ke subuh.

7. secret admire
macam tak percaya, dia ada secret admire. bila dah babis belajar baru dia tahu yang dia juga normal macam orang lain, mempunyai secret admire. yang sweet tu, that person minat dia dari semester satu lagi. uh, betapa dia ingin mengetahui siapakah orang itu. dia menetapkan kalau orang itu masih meminati dia sehingga kini dan berani memberitahu dia sekarang ini, dia tidak akan teragak-agak untuk memberi peluang kepada jejaka itu.


Sekarang dia dah tamat zaman diploma dan bermulalah perjalanan sebagai seorang pelajar bachelor. sukar untuk dia membuat keputusan dimana dan apakah course yang harus dia sambung? tapi dia tetap memilih course yang sama cuma berada di tempat baru sekali lagi. menggunakan RULE yang sama. Tapi jalan cerita nya berbeza, lebih mencabar. 

CERITA DIA ini kan bersambung bila dia sudah tahu apa yang dia inginkan. kerana dia masih tak pasti tentang kehendak diri. dia yang kehilangan GODMOTHER, dia sedang berasa sunyi, dia yang nampak kuat tapi tidak sebenarnya. janji aku penulis DIA, akan meneruskan cerita ini walau penyudah nya tak pernah ada dalam kotak fikiran ni. jadi terus la bersama aku dan DIA.

Comments

Popular Posts